Tetapi,
Kadang-kadang kita merasakan kasihan pada diri sendiri
Semua masalah yang kita hadapi, kita cenderung menyalahkan orang tua kita, atau apa yang berlaku di sekeliling kita.
Namun, kitalah yang membuat pilihan. Kadang kadang, pilihan yang pada dasarnya kurang baik. Tetapi untuk bertanggungjawab pada pilihan yang masa lalu adalah perkara yang sukar.
Jauh lebih mudah untuk menyalahkan orang lain dan meneruskan dengan rasa kasihan diri sendiri.
Saya harap kita berani untuk melihat bahawa pilihan yang kita buat pada masa lalu telah menghasilkan diri kita sekarang.
Tetapi itulah masa lalu! Masa lalu tidak mempunyai kekuatan untuk masa depan melainkan kita memberikannya kekuatan.
Masa depan akan bergantung pada pilihan yang kita buat hari ini.
Kita boleh memilih untuk terus mengasihani diri sendiri dan biarkan masa lalu terus menentukan masa depan kita atau kita mengumpulkan keberanian dan bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment