Saturday 2 October 2021

Pengalaman baik

Apa pengalaman terbaik anda dalam 24 jam terakhir?

Bila kita cuba mencari jawapan, kita akan berfikir dan mengalami dalam fikiran, semua pengalaman baik selama 24 jam terakhir. Kemudian kita pilih mana yang benar-benar terbaik.

Menikmati pengalaman baik kita, walaupun hanya dalam khayalan kita, akan membawa perasaan gembira yang dialami sekali lagi. Jadi kita menikmati dalam 24 jam, semua perkara baik yang berlaku, bukan sekali tetapi dua kali. Secara automatik ia akan menimbulkan rasa bersyukur.

Buat sahaja. Fikirkan apa yang terbaik. Nikmati semua detik baik sekali lagi. Menjadi bersyukur...

 

 

Thursday 16 September 2021

Memberi dan Menerima

Dalam hidupku

Aku belajar

Untuk memberi dan menerima

 

Tatkala aku menerima

Ia membuat aku gembira

Untuk beberapa ketika

 

Tatkala aku memberi

Ia membawa bahagia

Yang tiada penghujungnya

 




Thanks a lot to Pn KA Rozie Muller 
for the help with the translation of this poem.

Saturday 11 September 2021

Hidup susah tetapi indah

Sekiranya kita mula 
menemui dan menhargai 
perasaan baik 
yang tersembunyi 
dalam perkembangan diri 
 
Sekiranya kita menyedari 
akan keindahan 
yang ada di sekeliling kita 
sepanjang masa, 
 
kehidupan adalah 
warna yang memukau
 
 
 
Please visit also the English version of my blog:

Thursday 26 August 2021

Peluang

Apabila di waktu pagi

Doaku hanya meraih peluang

Mencipta kebaikan

dan menjadi cukup berani bertindak

 

Seringkali kuperhatikan

Begitu banyak ruang 

Mencipta perubahan positif

dalam kehidupan insan

baik lelaki maupun perempuan

 

Dan tiap kali aku berjaya

pada detik-detik itu

Perasaanku terasa nyaman

Jiwaku membelai hati

Mindaku teringin untuk berlagu

 







------------------------------------------------------------------------------

Link to English version:

https://reflectionsbyhans.blogspot.com/2021/08/small-opportunities.html 

Many thanks to K.A. Razhiyah for the help with the translation

Wednesday 18 August 2021

Pilihan

Setiap hari adalah sata hari baru 
dan setiap hari kita ada kebebasan 
untuk buat pilihan terbaik untuk masa depan kita! 

Tetapi,

Kadang-kadang kita merasakan kasihan pada diri sendiri

Semua masalah yang kita hadapi, kita cenderung menyalahkan orang tua kita, atau apa yang berlaku di sekeliling kita.

Namun, kitalah yang membuat pilihan. Kadang kadang, pilihan yang pada dasarnya kurang baik. Tetapi untuk bertanggungjawab pada pilihan yang masa lalu adalah perkara yang sukar.

Jauh lebih mudah untuk menyalahkan orang lain dan meneruskan dengan rasa kasihan diri sendiri.

Saya harap kita berani untuk melihat bahawa pilihan yang kita buat pada masa lalu telah menghasilkan diri kita sekarang.

Tetapi itulah masa lalu! Masa lalu tidak mempunyai kekuatan untuk masa depan melainkan kita memberikannya kekuatan.

Masa depan akan bergantung pada pilihan yang kita buat hari ini.

Kita boleh memilih untuk terus mengasihani diri sendiri dan biarkan masa lalu terus menentukan masa depan kita atau kita mengumpulkan keberanian dan bertanggungjawab.

Kita melihat bahawa masa lalu sudah berakhir.
Hari ini kita mempunyai kebebasan memilih lagi. 
Jika hari ini kita memilih perkara yang betul,
pilihan masa dulu tidak akan mempunyai kesan untuk masa depan kita.
 
Kita harus hidup pada masa sekarang. 
Masa lalu telah lalu dan tidak dapat diubah. 
Masa depan belum ada di sini. 
Membuat pilihan yang tepat sekarang 
akan membantu masa depan dan masa sekarang jadi lebih bahagia. 😀