Saturday 9 September 2023

Setitik kepentingan


Di alam semesta, manusia yang sangat kecil,
Kelihatan seperti serpihan debu
Tetapi dilahirkan dengan fikiran dan jiwa
Dan mampu berfikir, mencintai dan mempercayai.
Ramai yang berfikir bahawa sebagai manusia, hanya seorang
Tidak ada perubahan positif yang boleh dilakukan, tidak ada yang hebat
Walaupun, kita butat banyak benda tampa mempentingkan sendiri,
Apa bermakna dalam dunia yang penuh dengan kebencian?


 

Tetapi jika rama-rama di India, mengepakkan sayapnya
boleh menyebabkan ribut di atas Atlantik
Lihat sahaja bagaimana salah satu perkara kecil yang tidak penting
Boleh memberi kesan, sangat besar
Kemudian mengapa jenis pembuatan baik yang kecil
Hanya secara kebetulan atau dengan campur tangan ilahi
Bukan berkembang dan mempunyai impak yang besar,
Mungkin pemberontakan kebaikan dengan dimensi yang sangat besar

Jadi dalam setiap kehidupan kita mesti
Buat pilihan dengan kepentingan yang besar
Mahukah kita menjadi habuk sahaja
Atau setitik kepentingan.

Tuesday 28 March 2023

Berkat



Setiap hari kita cuba sedar tentang keberkatan yang Allah bagi kepada kita:

- terbitan matahari indah
- kesayangan dalam hati
- manisnya keluarga
- pokok pokok
 
 
-
Begitu banyak keindahan dalam hidup kita setiap hari.
Doa dan harapan untuk anda:

Kita sedar dan nikmati semua hadiah Allah bagi kepada kami setiap hari. 

Fikir :)


 Hidup kita tidak sempurna. Ada hari yang baik, ada yang susah


Kalau, sebelum kita tidur, kita ambil masa sekejap untuk fikir mengenai hari yang lepas,

Kita boleh gembira dengan benda yg baik dan syukur kepada Allah.

Kita boleh juga fikir mengenai benda yg kurang sempurna dan buat rancangan untuk esok, kita cuba buat lebih baik sedikit.